Satok Uptown

KUCHING: Warga kota bakal menikmati suasana pasar malam sehingga awal pagi apabila ‘Satok Uptown Market’ beroperasi tidak lama lagi.

Diadakan di pekarangan Dewan Suarah Kuching, ia pasti menggamatkan suasana malam hujung minggu warga kota pada setiap malam Sabtu dan Ahad (setiap hari Jumaat dan Sabtu) dari jam 9 malam hingga 3 pagi.

‘Satok Uptown Market’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dijangka bermula pada malam 27 Februari (Jumaat) dan majlis perasmiannya pula akan diadakan pada keesokannya, 28 Februari (Sabtu).

Justeru, pemilik gerai, pengusaha perniagaan atas talian mahupun usahawan perniagaan kecil-kecilan dipelawa untuk menyertai ‘Satok Uptown Market’ dengan kadar sewa tapak jualan hanya RM200 sebulan untuk satu tapak jualan.

Bagaimanapun, peniaga yang mahu berniaga dinasihat untuk membawa kanopi bersaiz 10×10 untuk setiap satu tapak jualan.

Jurucakap program ketika dihubungi semalam memberitahu, apa sahaja barangan yang mahu dijual boleh dijual di ‘Satok Uptown Market’ asalkan ia halal dan selamat untuk kegunaan masyarakat.

“Mereka boleh menjual apa sahaja termasuk makanan dan minuman halal, pakaian, kasut, barangan keperluan rumah dan sebagainya,” katanya.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai ‘Satok Uptown Market’ boleh menghubungi Jacqueline Ramping menerusi talian 082-442012 atau faks (082-449079) untuk tempahan dan pendaftaran tapak jualan.

2 comments:

  1. Saya nak mendaftar satu tapak untuk berniaga.. ada yang kosongkah? kalau ada, macammana saya nak mendaftar?

    ReplyDelete