Sunday, March 15, 2015

Berniaga Itu Sunnah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pelancaran Satok Uptown merupakan satu wahana yang memenuhi konsep berniaga itu sebagai urusan Fardhu Kifayah kepada masyarakat Islam. Selain itu, berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi dan bersedekah dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan.
Tetapi setiap perkara yang diniagakan wajib berlandaskan dengan merujuk hukum syarak kerana Islam memandang tinggi kepada peniaga dan usahawan.
Dalil al-Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (menipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu,dan janganlah kamu berbunuh- bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
Manakala, sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
[Admin]


No comments:

Post a Comment