Friday, March 27, 2015

Satok Uptown : Ikon Bandaraya Kuching

Setelah lebih sebulan beroperasi, Satok Uptown telah menjadi tumpuan warga bandar raya Kuching setiap kali menjelang hujung minggu. Terdapat hampir 160 buah gerai yang diusahakan oleh usahawan muda Rata-rata pengunjung yang ditanya menyatakan kewujudan Satok Uptown
telah mula menjadi ikon di  Kuching.



Menurut urus setia penganjur Satok Uptown, iaitu Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) masih ada senarai'queue' usahawan muda yang memohon tetapi terpaksa menunggu untuk mendapat lot berniaga disebabkan sambutan yang di luar jangkaan. Objektif utama mewujudkan pasar sebegini adalah untuk memberi peluang dan menyediakan pentas kepada usahawan muda di sekitar bandar raya kuching untuk berniaga dan mengetengahkan produk keluaran sendiri. 

Barang-barang seperti pakaian, perhiasan, dan makanan yang dijual di sini mendapat sambutan daripada warga Kuching. Selain itu, para pengunjung bukan sahaja datang untuk membeli-belah tetapi sebagai aktiviti penawar stres selepas 5 hari berada di pejabat, di samping membawa keluarga beriadah. Penganjuran pasar sebegini dibantu juga pihak pengurusan Dewan Suarah Kuching, Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. 

Penganjuran pasar seumpama ini juga telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) yang berperanan memastikan perjalanan pasar lancar dan selamat bagi semua pengunjung dan penjaja-penjaja muda. Satok Uptown ini diadakan pada setiap hari Jumaat (malam Sabtu) dan hari Sabtu (malam Ahad) bermula 9 malam hingga 3 pagi.

No comments:

Post a Comment